Di sebalik hari-hari yang aku lalui..
Ada pembakar yg teguh menghangati
Kala aku bersedih, DIA menyerap tiap titis air mata
Tika aku bergurau senda, DIA yang paling setia mengirim tawa
Lahir aku dari rahim DIA
Menjadi insan seperti hari ini adalah kerana bimbingan DIA
DIA ibu yg ku panggil EMAK
Pengorbanan DIA ibarat matahari yg tidak jemu menyinarkan mentari
Ibarat bulan yg menceriakan malam yg suram
Detik tiada siapa yang mengetahui pahit liku hidup yang ku lalui..DIA insan yg terdahulu mengetahui
Saat diri ini diherdik dan dihina, cuma DIA yang berani memuji
Namun, DIA adalah pelakon pentas terhebat
Pedih luka yang DIA rasa, diselubung rapat
Duka kecewa yang DIA ada, disorok mampat
Hingga aku terlupa, DIA punya hati yang rapuh dan mudah retak tatkala terhempas
Aku berlutut menghadap kiblat Ka’abah MU..
Hanya ku pinta, KAU pinjamkan segala kekuatan utk DIA
KAU limpahkan kebahagiaan dalam harinya
Dan KAU izinkan untuk aku terus mencintainya
Buat ibu yang ku panggil EMAK,

sob sob sob...sedey nyer...
ReplyDeleteitu mak,ibu,mama,saya dan kamu!
ReplyDelete