Saturday, January 15, 2011

Di sebalik hari-hari yang aku lalui..
Ada pembakar yg teguh menghangati
Kala aku bersedih, DIA  menyerap tiap titis air mata
Tika aku bergurau senda, DIA yang paling setia mengirim tawa
Lahir aku dari rahim DIA
Menjadi insan seperti hari ini adalah kerana bimbingan DIA
DIA ibu yg ku panggil EMAK
Pengorbanan DIA ibarat matahari yg tidak jemu menyinarkan mentari
Ibarat bulan yg menceriakan malam yg suram
Detik tiada siapa yang mengetahui pahit liku hidup yang ku lalui..DIA insan yg terdahulu mengetahui
Saat diri ini diherdik dan dihina, cuma DIA yang berani memuji
Namun, DIA adalah pelakon pentas terhebat
Pedih luka yang DIA rasa, diselubung rapat
Duka kecewa yang DIA ada, disorok mampat
Hingga aku terlupa, DIA punya hati yang rapuh dan mudah retak tatkala terhempas
Aku berlutut menghadap kiblat Ka’abah MU..
Hanya ku pinta, KAU pinjamkan segala kekuatan utk DIA
KAU limpahkan kebahagiaan dalam harinya
Dan KAU izinkan untuk  aku terus mencintainya
Buat ibu yang ku panggil EMAK,
Norzilah Ahmad…


Monday, October 25, 2010

DO and DON'T

i DO want to text you, everyday..
but you DON'T..

you  DO need me as your bestfriend..
while i DON'T..

i DO nervous when you are nearby..
yet, you DON'T..

you DO always tell me the extent of this relations..
but i DON'T..

but please,

i DO love you..
once for all this while, can you just say that "yes, i really DO"..

Saturday, October 23, 2010

STATEMENT XBOLEH BLAH DARI SEORANG ADIK KEPADA SEORANG KAKAK..

this is my younger brother..nama dia muhammad alif aiman bin ibrahim..baru standard 1
budak kecik yg sangat banyak mulut dan kalau dia dapat berckp,kalah mak joyah kat kampung seberang tu..


ASAL CERITA
Untuk pengetahuan semua pihak, sy ni mmg boleh dikategorikan kakak yang kurang memanjakan adik-adik..haha..macam kak ros dalam upin ipin tu..bukan sengaja, tapi sifat semula jadi..kalau baby tu, retilah nak main cak-cak ke kan..tapi kalau dah besar-besar, dah jadi abang bayi jadi janggal sikit nk manja-manjakan..malang ye siapa yang jadi adik sy nih..

MAIN POINT
Tibe-tibe td sy dpt call..from my mum..then hello mcm biasa..rupenye budak kecik ni yang call..huhu..excited jgk dpt ckp dengan die..memandangkan dah dekat 3 bulan x balik rumah, so 3 bulan jugak la x jadi kakak..haha..inilah perbualan yg boleh dianggap sangat menggelikan hati seorang kakak yang tidak memanjakan adiknya..

CONVERSATION
alif:   hello, angah..angah kat mana tu?

sy:  dekat bilik la..tengah belajar ni..

alif:  kenapa angah ni dah lama x balik rumah? adik rindu la dekat angah..

sy: Gelak besar dulu..hahahahhaha..yeke? (pandai adik aku menipu demi menjaga hati kakaknya).

alif:  bila angah nk balik rumah?

sy:  tak, angah dah xnk balik rumah..adik kan slalu cakap angah ni jahat..suke cubit-cubit, suka marah-marah

alif:  habis tu, angah xnk balik rumah? td adik pegi tengok kakak, along kat asrama..nk pegi tengok angah tapi universiti angah tu jauh sangat( budak darjah 1 kalau sebut universiti sangat kelakar)

sy:  xpelah..angah nak duduk sini je..blaja kat sini (saje buat keras hati, sebenanye nk die pujuk lagi)

alif:  hmm,suke ati angah la....

sy:  Gelak besar dan sebesar-besarnya! kuang hasam punye budak..

alif:  nah la, angah ckp dengan mak ye..

ktorang( sy n my mum) pun gelak la sepuas-puas hati dalam fon tu..then my mum cerita lagi

mum:  semalam die mintak along die duit..along die kate mana ade duit, xkeje lagi.. then die reply " along ni,
          harap je muka cantik tapi kedekut."

ASTAGHFIRULLAHALAZIM..budak-budak zaman sekarang..

sy:  hahha..memang loya buruk betul budak sorang ni..

sebbaik die tak mintak duit kat angah die..kalau x ayat die akan berubah jadi mcm ni..
" angah tu dah la banyak *jegawat, kedekut pulak tu" sebenanyer die nk ckp jerawat.. haduih..tapi die ttp fail nk pronounce btl2.. haisyh..budak sorang ni..

kehadiran die dalam my family mmg sangat menceriakan keadaan..kdg2 kat shopping mall tu, duk tekejar-kejar nak dapat kan die sebab die pegi buat larian marathon kat mall tu.. 

kalau kat rumah pulak, terjerit-jerit sebab die duk menghabiskan make-up yang baru je dibeli..x sempat pun nk pakai eye liner avon tu..die dah buat jadi lipstick..habis jadi emo dah adik aku..bibir hitam..

kalau die nk main game pulak, lain cerita..setiap kali nk bukak my lappy, die buat ayat sadis..mmg sedih jugak kalau dengar..:
 "angah, adik nk pinjam laptop angah ye..ape password ni?"

"********" (password)

"tapi macam mana nak eja die?"

" haisy,adik ni..tulah,kat skolah cikgu suruh belajar duk main pemadam"

"die buat muke mengejek, konon-konon xpuas hati orang ckp die xreti mengeja"

cm x sampai hati pulak kan, nk biarkan die cube tuk carik satu-satu huruf tu sampai lengkap password..alamatnya 2 bulan lagi pun belum tentu die past masuk user tu..hahaha..kesian,

tapi bile die dah dapat psword, n die dah dpt connection berukband..perangai die mula berubah..mengikut perangai berukband itu..

lepas dah dekat 4 jam die menghadap laptop tu..sampai kan *TUPP laptop tepadam sendiri sebab kehabisan batery..

"adik, dah la tu main game..angh nk online facebook ni.."

"ala, sebok la angah ni..pegi la bukak kat komputer sane.." (die mula menunjukkan kekurangan hasam die)

"haisyh budak ni, tu laptop angah kan..suke ati angah la kalau nk guna pun.."

setelah die rasa nak naik benanah telinga dengar bebelan daripada mulut angah die..at last die bagi jgk laptop tu..tapi dengan satu ayat..

"angah tu dah la banyak *jegawat, kedekut pulak tu"

SY DAH TERBIASA DENGAN STATEMENT ITU.......

Saturday, October 16, 2010

Shopping dan Cinta

Persamaan antara shopping dan cinta..
1. Seronok
Bagi semua yang bergelar perempuan ye, kita mesti akan rasa seronok bila sedang bershopping kan? ha..sama jugaklah time kita dilamun cinta..hati ni rasa happy je..tesenyum memanjang..

2. Menghabiskan duit
Kalau dah namanye shopping..nk atau tak, mesti akan terlabur jugak duit kan? nampak tu nk beli..nampak ni nak beli jugak..hehe..bile dikaitkan dengan cinta pulak, perempuan akan suka belikan pasangan dia barang-barang yang boleh dibuat sebagai kenang-kenangan..tak kesah la mahal or tak..tp mesti suke nk bagi sesuatu pada pasangan masing-masing..ye tak?

3. Masa bukan berjalan, tapi berlari..
Bila shopping..keluar dari rumah pukul 11..tot tet tot tet..baru dapat 2 helai baju, tetiba tengok jam dah pukul  5 petang? wah..pantasnya masa berlalu..sama lah jugak time kita tgh dating..rasa macam masa tu sangat mencemburui kita..penah pulak ada orang terfikir nak pakai jam rosak time g dating or shopping..hahah..sebabnya? xnk kasi masa tu berlalu..

4. Kalau dah berkenan tu, xkire lah apa cara pun..tetap nak jugak..
Even bulan tu tengah sengkek..tapi niat di hati ni tetap ada nak bershopping..time belum sampai mall, ingat nk window shopping je..tapi cuba bila dah masuk vincci..g jengah outlet brands..alamak, bekenan giler ngan kemeja T and kasut tu tadi..last2 pegi jugak ATM machine tu..withdraw sikit..biar makan megi je hujung bulan ni, asalkan dapat apa yang dah bekenan kat mata tu..Nak dikaitkan dengan cinta pulak, bila kita dah mula tertarik pada seseorang ni, kita akan sedaya upaya untuk dapat kan dia..macam2 cara kita buat..IM kat fb, x cukup dengan tu..sent msg plak kat fon die..haisy..macam tu lah ye..

DAN cuma ada 1 Perbezaan antara shopping dan cinta

1. Berkenan di mata, boleh dibeli..Tapi berkenan di hati, mmg susah nak dimiliki..
Cube time shopping tu, klu dah nampak yg berkenan terus amek, g fitting room..klu dah agak2 cun depan cermin tu..g pulak cashier..kan senang, dah dapat..tapi cuba kalau cinta..sesenang tu ke, nk dapat? huhhh..tidak sama sekali..Hati dah berkenan, dah terus terang pulak..tapi bukan semudah tu, nak dapatkan kasih sayang seseorang..bezanya, barang boleh dibeli..tapi manusia x mampu nk membeli cinta yang tak ternilai harganya..

p/s: kalau lah shopping boleh jadi cinta dan cinta boleh jadi shopping..

Friday, October 15, 2010

Untungnya Dia

Wahai gadis..
Tahukah bahawa dirimu sangat beruntung?
Aku mengasihi dia..
Sedangkan dia mencintai kamu..
Aku menginginkan dia..
Sedangkan hatinya mendambakan dirimu..
Aku menagih kasihnya..
Sedangkan dia menganyam rindu buatmu..

Wahai gadis..
Tahukan bahawa dirimu sangat beruntung?
Aku disini menanti kehadirannya..
Sedangkan kau tidak mengendahkan hadirnya..

Wahai gadis..
Benar, aku tidak pernah mengenali siapa kamu..
Tapi aku tahu..
Untungnya dirimu..


Wednesday, October 13, 2010

SIAPA AKU DI MATA MU?

Jika hati boleh berbicara, tidak sukar aku melafazkan jawapannya.
Jika kau rasa getaran yang sama, tidak kau bertanya soalan sebegini rupa.
Aku jatuh cinta pada pekerti mu, bukan pada wajah indahmu.
Jangan kau tanya, siapa dirimu dimata ku.
Kerna bukan mata yang menilai cinta itu.
Lalu aku bertanya pada hati.
Jawabnya, kau adalah permata yang ku cari selama ini.
Tidak mengapa jika kau tidak mampu menyambut kasihku.
Kerna aku sudah berserah pada Yang Maha Esa.
Ku ungkapkan pada-Nya…
“Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hati ku dengan ketentuan-Mu.”

“To be your friend what is I ever wanted, but to be your love is what I ever dreamed”

“To be your friend what is I ever wanted, but to be your love is what I ever dreamed”

Then, I should tell him it is okay if we’re not meant to be together. Because as long as I have dreamt, it never comes true.

But, deep inside this tender heart, I fall.

What are more disappointing me than be deny by you.

I know I have nothing special to win you.

But I still have this heart, that willing to be with you.

And I tell Allah, don’t let me cry.

Because I still have Him (ALLAH) to be loved by.